"Ghaz cuti sekejap je nek.
Mummy pun tak tahu Ghaz balik sini."
"Oh yeke. Semalam nenek
nampak masa Ghaz turun dari kereta. Ingatkan balik dengan semua."
"Takde nek. Mummy dengan
daddy pergi Lumut. Bawak adik-adik sekali. Ghaz tinggal sorang dekat rumah.
Bosan, tu yang saja balik jumpa Maklong. Maklong pun tak sihat Ghaz
tengok." balas Ghazali yang sesekali curi pandang ke arah tingkap kayu
yang ternganga. Tercari-cari bayang gadis berkurung biru tadi.
"Apa yang dicari tu
Ghaz?"
Ghazali sengih kelat. Tangan garu
belakang kepala yang tak gatal.
"Erm... Yang Ghaz nampak
tadi tu, Neylia ye nek?"
Nenek Miah simpul senyum. Ghazali
yang dia kenal dari kecil dulu langsung tak berubah. Masih sama. Tak malu
berterus-terang.
"Neylia la tu."
jawabnya ringkas.
"Serius tu Neylia?"
mata Ghazali dah membesar.
"Yelah. Nura Neylia. Tapi
sekarang, orang dah tak panggil dia Neylia. Dia tak suka. Nenek panggil
Nura." jelas Nenek Miah sambil menanggalkan sarung tangan yang dah kotor.
"Jom kita naik dulu Ghaz. Nanti nenek panggilkan Nura buat air. Dah lama
sangat Ghaz tak datang rumah nenek ni sejak masuk sekolah asrama dulu."
Ghazali tak menolak. Sebaliknya
senang hati menuruti langkah Nenek Miah memanjat tangga.
Tak sampai 5 minit duduk, bayang
gadis berkurung biru tadi muncul dengan satu jag air laici. Ghazali langsung
tak lepas pandang hingga membuatkan Nura serba tak kena. Langsung dia tak
berani angkat muka sebaik meletakkan dulang. Dia ingin segera beredar dari situ
namun terhalang bila nenek menyeru namanya. Lambat-lambat dia kembali berpusing
sebelum terus labuhkan duduk di sebelah Nenek Miah. Habis hilang segala rentak
di dalam dadanya.
No comments:
Post a Comment