Benang-benang berbolot pada mesin
jahit uzur arwah Onyang Limah ditarik dengan keluh terlepas.
"Haihh... Time time macam ni
la kau nak rosak." rungut Nura tak puas hati.
"Orang tak baca bismillah,
mana mesin tu tak merajuk." sahut Nenek Miah dari luar. Nura tarik
muncung. "Kalau tadi Nura jahit tangan, mesti dah siap. Nak juga pakai
mesin yang ada angin kus-kus tu." tambah Nenek Miah lagi.
"Semalam nenek guna elok aje
Nura tengok."
"Itu semalam. Angin dia
baik. Hari ni angin dia tak baik. Sebab tu dari tadi dia meragam dengan
Nura."
"Haih..." Nura tarik
seluar track bottom yang koyak tersangkut dek paku karat di sekolah.
"Pergi ajelah beli baru.
Bukannya mahal sangat." ujar Nenek Miah lagi.
"Ala... Nura baru pakai
sekali seluar ni. Membazir aje nak beli baru nek.."
"Tak payahla nak kedekut
sangat. Duit tu simpan banyak-banyak pun bukan boleh dibawak mati."
Nura lepas keluh panjang. Give
up!
"Nak pergi kursus tu bila?"
tanya Nenek Miah yang leka menukar pasu bunga-bunga orkidnya.
"Esok nek. Tak sempat dah
nak beli baru." jawab Nura di muka tingkap kayu mengadap pondok bunga
orkid neneknya. Mata terhala ke arah bunga-bunga orkid yang sedang galak
berbunga sebelum terarah ke jalan. Ada susuk tubuh yang tak dikenali membonceng
motosikal cukup perlahan sambil turut hala pandang ke arahnya sekilas sebelum
menghilang di hujung jalan.
"Apa yang ditenung anak
bujang orang sampai macam tu sekali?" tegur Nenek Miah yang turut perasan
akan anak muda yang baru melewati laman rumahnya.
"Siapa tu nek?" Nura
tanya penuh minat.
"Ghaz."
"Ghaz? Ghaz mana?"
Dalam masa yang sama lelaki tadi
kembali melewati halaman. Namun kali ini terus memberhentikan motor di sebelah
pondok orkid Nenek Miah.
No comments:
Post a Comment