Part 3
Mata tenung hujung selipar yang
dipakai. Dikuis-kuis anak batu yang ada demi membuang rasa debar entah apa-apa
sejak lelaki itu muncul hinggakan hampir 10 minit sepi mengisi ruang antara
mereka. Sepi di bawah pohon jambu yang jadi saksi pertemuan terakhir mereka 15
tahun lalu. Dan hari ini, takdir kembali menemukan mereka.
"Neyl..." Ghaz hala
pandang. Hela dilepaskan perlahan. Sejak tadi dia gagal susun kata sedangkan
sebelum bertolak semalam, begitu banyak yang mahu dimuntahkan. Ini semua
disebabkan sekeping gambar lama yang terjatuh daripada susunan buku lama yang
dijumpai minggu lepas. Membuak rasa ingin kembali semula ke kampung daddynya
itu meskipun atuk dan neneknya sudah lama meninggal dunia.
Di situlah dia sering bermain
setiap kali pulang ke kampung. Neylia satu-satunya teman yang dia kenal.
"Betulkan panggilan nama
saya tu. Nura. Awak boleh panggil saya Nura." balas Nura tegas tanpa
berpaling.
"Saya selesa dengan Neylia.
Neyl. Macam dulu-dulu. Awak panggil saya Ghaz."
Nura geleng. Senyum nipis
dilempar. Nama panggilan yang dah tak bagi apa-apa makna padanya sejak lelaki
itu tidak lagi pulang ke kampung.
"Panggil Nura cukup. Saya
tak biasa orang panggil Neyl atau Neylia." Dia tetap bertegas.
"Tapi saya tetap nak panggil
awak Neylia." Ghazali sama tegas.
Nura lempar renung tajam di wajah
yang jauh berubah dan lebih matang di sebelahnya ini. Sangat berbeza malah
membuatkan hati wanitanya gagal menyusun rentak. Habis pincang semuanya. Nafas
dihela perlahan seraya membuang pandang ke tengah halaman yang kosong.
"Kenapa awak balik lagi ke
sini? Apa yang awak cari lagi dekat kampung ni? Awak dah bahagia duduk dekat
bandar tu kan?" luahnya tak berselindung.
"Neylia..."
Nura ketap bibir. Terasa menyirap
darahnya setiap kali nama keduanya meniti bibir lelaki itu. Memang dasar tak
faham bahasa! Sakit hatinya.
"Saya rindu awak Neyl."
ucap Ghazali tulus.
"Rindu? Awak rindu
saya?" Nura lempar senyum cukup sinis. "Awak jangan nak merepeklah
Doktor Ghazali Al-Falah!" tekannya geram. Status yang dimiliki lelaki itu
kini membuatkan dia dah buang jauh kenangan lalu. Kenangan yang pernah ada di
antara mereka meskipun hanya setebal buku 555. Kenangan yang dirasakan langsung
tak bermakna buat lelaki itu.
"Neyl, tolong dengar dulu
apa yang saya nak cakap." pujuk Ghazali bila dapat rasa Nura Neylia di
depannya ini bukan lagi Nura Neylia yang dia kenal dulu. Nampak lembut tapi ada
ketegasan yang tersembunyi.
"Saya rasa, takde apa yang
saya perlu dengar." Nura dah bingkas dari pangkin kayu yang diduduki.
"Ada! Awak kena dengar dulu
apa yang saya nak cakap!" tingkah Ghazali turut bingkas.
Nura lempar renung tajam. Ghazali
turut balas renung yang sama sebelum akhirnya Nura mengalah. Dibuang pandang ke
arah lain.
"Tolong jangan datang sini
lagi, Ghaz. Saya rasa dah takde apa yang ada untuk awak dalam kampung ni."
ucapnya perlahan.
"Siapa kata takde? Saya dah
tinggalkan hati saya dekat sini dari dulu lagi." jawab Ghazali yakin. Tapi
sekali lagi Nura hadiahkan senyum sinis.
"Awak boleh cakap apa yang
awak nak. Tapi saya tetap tak nak dengar apa-apa pun dari awak lagi. Antara
kita dah takde apa-apa!" Nura buka langkah untuk naik ke rumah.
"Sejak bila kita ada
apa-apa?" Kata-kata Ghazali membuatkan langkah Nura terhenti di anak
tangga pertama. Bibir diketap kuat sebelum kembali berpaling.
"Kenapa? Tak betul apa yang
saya cakap? Awak dengan saya tak pernah ada apa-apa. Tapi kenapa awak
marah-marah saya macam ni?" sambung Ghazali berani.
"Betullah tu. Antara kita
memang tak pernah ada apa-apa. Saya tak pernah kenal awak. Saya rasa awak boleh
balik sekarang ni. Takde apa-apa dekat sini untuk awak." Langkah kembali
dibuka dengan pandangan yang mula berkaca-kaca.
"Neylia!" Disambar
lengan Nura pantas.
"Apa lagi yang awak
nak?" bentak Nura tertahan seraya rentap kembali lengannya.
"Saya mintak maaf.."
Nura tarik senyum tepi.
"Awak ada buat salah pada saya
ke?" balasnya cukup sinis.
Ghazali lurut rambut dengan
rengus yang terlepas. Terasa kata-katanya tadi dipulangkan semula.
"Baliklah Ghaz. Tempat awak
bukan dekat sini." sambung Nura sebelum terus hilang ke atas rumah.
Ghazali cuba memanggil tapi
bayang Nura langsung tak kembali. Hela panjang dilepaskan. Akal memutar kembali
apa yang berlaku hampir 20 tahun lalu. Mengenang kembali janji yang pernah
dibuat.
"Awak, saya janji! Nanti saya selalu ajak mummy dengan daddy balik
kampung kalau ada cuti sekolah."
"Awak janji?"
"Saya janji! Kalau saya dah jumpa kawan baru dekat sekolah baru
nanti saya takkan lupakan awak, Awakkan kawan baik saya. Saya takkan lupa
sampai bila-bila. Saya sayang awak, Neyl."
Jari kelingking berkait. Janji terpatri. Senyum manis terhias bibir
masing-masing. Pangkin buruk itulah yang dah menjadi saksi atas segala-galanya.
No comments:
Post a Comment