Nov 3, 2016

Dia yang Dicari_part 5


Mata dihalakan ke arah cermin besar di depan. Memandang imej pantulan yang terpampang sebelum mata terhala ke arah susuk tubuh tegap yang baru sahaja muncul dari bilik persalinan di belakangnya. Terpempan.

Saling berbalas pandang.

“Macam mana? Okey?

Angguk diberi dengan mata tak lepas pandang pada imej yang terpampang.

“Pusing. Abang nak tengok baju Deena.”

Tanpa kata, Deena hanya menurut. Tubuh dipusingkan mengadap si jejaka berbaju Melayu putih mutiara di depannya ini. Segak!

“Cantik. Abang suka.” Senyum berlabuh.

Sekali lagi Deena terpempan. Dia tak tahu apa yang jadi pada dirinya sejak dia bersetuju menerima lamaran Nazzri. Irama dalam dadanya dah tak pernah lagi seimbang. Habis bertabur semuanya. Apa saja reaksi yang ditunjukkan Nazzri, berjaya menggugat hati wanitanya. Nazzri jelas bersungguh dengan persiapan perkahwinan yang tak sampai lagi sebulan ini.

“Dee…” Lembut.




*******
Sambungannya boleh dapatkan dengan pembelian EBOOK BUKAN UNTUK KALI KEDUA DENGAN HARGA RM 10.

BERMINAT BOLEH PM arshanew@yahoo.com atau whatsapp 0126385574
Terima Kasih.

No comments: