BAJP

Sinopsis Biar Aku Jadi Penunggu

"Beb, kau kahwin je la dengan aku nak tak?" 

Iffat Hamani dan Muhammad Afeef Adwan. Bersahabat sejak dibangku sekolah lagi dan bersetuju untuk berkahwin atas kepentingan masing-masing selain berani memperjudikan masa depan sendiri demi kebahagiaan orang tersayang.

Iffat Hamani menaruh harapan yang tinggi agar ada sinar kebahagiaan selepas perkahwinan dan cita-cita mereka tercapai. Percaya akan janji yang ditaburkan oleh Afeef Adwan kerana yakin akan tiket persahabatan yang terjalin. Tetap setia menunggu walau seringkali hati dilukai.

Afeef Adwan bahagia dengan apa yang dimiliki kerana hajatnya telah tercapai. Terlalu leka dengan apa yang dimilikinya sehingga lupa akan seseorang yang menunggu janjinya dahulu walaupun tidak pernah dituntut. Seringkali janji itu juga yang mencekik nafas bahagianya bersama insan yang dicintai.

Perlukah janji itu ditunaikan demi seorang sahabat yang telah banyak berkorban? Bagaimana pula perasaan si dia jika tahu agendanya yang sebenar? Bolehkah dimaafkan? Ada jaminankah kebahagian pada mada hadapan atas nama janji yang telah dipersetujui?